
Rakyat Malaysia menurut Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk maklumat anda Bantuan Warga Emas adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tujuan Bantuan one-off Warga Emas
Untuk makluman tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat Kelayakan Yang Diperlukann
Orang tua atau warga emas yang layak memohon bantuan haruslah memenuhi syarat-syarat dibawah:
- Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapital Semasa dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Membuat Permohonan
BUat permohonan dengan ikut setiap langkah yang dinyatakan di bawah:
- Sila layari ebantuanjkm.
- Sila klik pada butang daftar permohonan.
- Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
- Setelah selesai, klik butang daftar.
- Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai direktori pejabat boleh rujuk di sini - KLIK SINI
Dokumen Yang Perlu Dibawa
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
- Lain-lain dokumen yang dirasakan perlu.
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kebajiakan Masyarakat (JKM) di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Sumber: salamkerjaya.com
No comments:
Post a Comment