Cara Mohon I-Saraan KWSP RM250 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Insentif persaraan (I-Saraan) dengan Caruman Sukarela untuk membantu individu yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) dan suri rumah boleh mendapatkan caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.
Mandapat carumaan sebanyak 15% sumbangan kerajaan atau jumlah maksimum RM250 setahun.
Manfaat-Manfaat I-Saraan KWSP
- Menyediakan saluran persaraan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
- Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
- Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM250 setahun.
- Bantuan kematian sebanyak RM2,500 tertakluk terma dan syarat KWSP.
Cara Mohon I-Saraan
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke kaunter pejabat KWSP yang berdekatan adalah seperti di bawah:
- Mykad
- Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) : KLIK SINI
- Borang I-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran) : KLIK SINI
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Pengguna borang tidak diperlukan)
- Minimun pembayaran - Tiada had
- Maksimum pembayaran - RM60,000 setahun untuk semua pencarum
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
- Pencarum KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
Senarai Golongan Mereka Yang Bekerja Sendiri
Golongan yang boleh membuat permohonan I-Saraan seperti di bawah:
1. Petani/ Nelayan/ Pemandu teksi e-hailing
2. Pengasuh bayi
3. Ejen Insurans dan hartanah
4. Freelancer (Penyayi, Pelakon, Perunding, Jurulatih Kesihatan)
5. Pemilik perniagaan dalam talian
6. Pemilik perniagaan
7. Pemilik praktis sendiri (Peguam, akauntan, doktor)
8. Suri rumah
9. Pekerja berpencen
No comments:
Post a Comment