
Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini
Bantuan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut kadar dan kelayakan pemohon bermula pada tahun ini. Boleh rujuk bantuan kanak-kanak dan anak pelihara di bawah:
Kadar Bantuan Terkini Kanak-Kanak
Minimum: RM150 Sebulan
Maksimum: RM1000 Sebulan mengikut pecahan seperti berikut:
i. Anak berumur 6 tahun & ke bawah : RM200
ii. Anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun : RM150
iii. Kadar bantuan maksimum keluarga sebulan : RM1,000
Kadar Bantuan Terkini Anak Pelihara
Bantuan anak pelihara : RM250 Sebulan seorang kanak-kanak
Maksimum keluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih : RM500 Sebulan
Syarat Kelayakan Yang Diperlukan Untuk Memohon
1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia.
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tiadak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau;
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Cara Membuat Permohonan
LANGKAH 1 (SECARA ATAS TALIAN/ ONLINE)
1. Layari laman web rasmi Bantuan JKM : KLIK SINI
2. Klik butang daftar Permohonan Atas Talian.
3. Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
4. Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
5. Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan.’
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
1. Setalh berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
3. Anda juga perlu hadir dengan membawa bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah:
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti:
1. Salinan MyKad pemohon.
2. Salinan MyKad/ MyKid anak jagaan.
3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri.
4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kebajiakan Masyarakat (JKM) di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Sumber: portalmykerja.com
No comments:
Post a Comment