
Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini
UNTUK MAKLUMAN WARGA MALAYSIA Pembayaran BKC mempuanyai 3 fasa, namun tidak semua penerima yang bedaftar akan menerima bayaran dalam 3 fasa BKC ini.
Bantuan Khas Covid (BKC)
Bantuan Khas Covid (BKC) adalah bantuan Kerajaan yang diberikan secara tunai langsung kepada rakyat Malaysia untuk meringankan kos sara hidup dan beban yang dialami akibat pendemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
1. Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
Kategori Penerima / Data Bantuan BKC
1. Miskin Tegar - Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
2. B40 - Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
3. M40 - Percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

2. Jumlah Bantuan Khas Covid (BKC)
Isi Rumah Ketegori Miskin Tegar
- Fasa 1: RM500 pada bulan September
- Fasa 2: RM500 pada bulan November
- Fasa 3: RM300 pada bulan Disember
Individu Bujang Ketegori Miskin Tegar
- Fasa 1: RM200 pada bulan September
- Fasa 2; RM300 pada bulan November
Isi Rumah Ketegori B40
- Fasa 1: RM500 pada bulan Ogos
- Fasa 2; RM300 pada bulan November
Bujang Ketegori B40
- Fasa 1: RM200 pada bulan September
Isi Rumah Ketegori M40
- Fasa 1: RM100 pada bulan September
3. Bila Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa 2 Akan Diterima?
Pembayaran BKC sebanyak 3 kali secara berfasa.
- Fasa 1 - September 2021
- Fasa 2 - November 2021
- Fasa 3 - Disember 2021
Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC/0 Fasa 2 anda boleh rujuk jadual di bawah:

4. Cara Pembayaran BKC
Keadah Pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:
- Miskin Tegar - Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
- B40 - Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
- M40 - Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.
5. Cara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2
Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:
A. Semakan Status pembayaran BKC Secara Atas Talian / Online
Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan
Cara semakan BKC:
1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
2. Masukkan Nombor MyKad
3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
4. Masukkan Kata Laluan
5. Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
B. Semakan Status Bayaran BKC Secara Manual / Telefon
Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS.
Anda juga boleh terus pergi ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
6. Lupa Kata Laluan BKC
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan atau akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya terlupa, anda boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.
Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawap soalan keselamatan yang dipaparkan.
7. Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC. .
No comments:
Post a Comment