Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021. Gaji RM1,000 Tidak Mempunyai Slip Gaji Boleh Mohon - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, October 22, 2021

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021. Gaji RM1,000 Tidak Mempunyai Slip Gaji Boleh Mohon

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021. Gaji RM1,000 Tidak Mempunyai Slip Gaji Boleh Mohon


1. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Makluman Rayat Malaysia yang berpendapatan gaji bersih RM1,000 sebulan tiada slip gaji atau penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, usahawan kecil, pemandu kecil, pemandu teksi, dan pekerja am, berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% harga belian.

Tempoh penbiayaan perumahan SJKP : 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana yang terdahulu.

Baca juga klik sini: Bantuan Kebajikan Golongan B40 Kepada Kuam Ibu Sebanyak RM200 Sebulan

                  Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih: Cara Daftar Dan Semak Pendaftaran Secara Atas                    Talian/ Online

                  Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 Sebanyak                            RM150 Hingga RM1,000 Sebulan


2. Syarat Kelayakan Untuk Mohon SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja)
  • Pinjaman bersama dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana, mampu milik
  • Pembelian rumah kediaman baru/ dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman kurang 65% daripada pendapatan kasar
  • Rekod CCRIS, Klik : https://eccris.bnm.gov.my

(2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini)

Hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah/ sederhana/ mampu biaya, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan

SJKP tidak membiaya pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

 

3. Panduan Proses Pemohonan/ Daftar SJKP

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/ resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Ketua Kampung (MPKK), Penghulu, Surat Akuan Pesuruhjaya Sumpah dan sebagainya.
  3. Surat tersebut perlu menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan dan purata pendapatan bulanan.
  4. Dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan.
  5. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  6. Menyediakan dokumen sokongan pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau Geran Tanah (untuk aktiviti pertania) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti pendapatan bulanan.
  7. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  8. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skin ini.

Berikut ialah senarai Institusi Kewangan yang terlibat:

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group, AmIslamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank, Maybank Islamic

 

4. Maklumat Tambahan

Maklumat tambahan Hubungi No. Tel : 03-2096 5000

 

5. Permohonan/ Daftar SJKP Atas Talian/ Online

Pemohon boleh layari : https://www.sjkp.com.my

 

 

No comments:

Post a Comment