Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini
Pembayaran i-Citra Akan Dibayar Bermula 1 Oktober 2021 Ini
UNTUK MAKLUMAN WARGA MALAYSIA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021 akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.
Ini merupakan bayaran kali ketiga yang diperkenalkan bagi mereka yang baru membuat permohonan awal i-Citra untuk membantu memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi memenuhi keperluan asas seharian. Jadi ini merupakan berita baik untuk anda.
Berikut JobsMalaysiaTerkini.com kongsikan mengenai Pembayaran I-Citra bulan oktober ini. Semoga bermanfaat.
1. Bayaran I-Citra Dibayar Pada Bulan Oktober
Menurut KWSP, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

2. Semakan Status Bayaran Terkini
Ahli-ahli dinasihatkan supaya membuat semakan status bayaran terkini sama ada I-Citra melalui I-Akaun (Ahli)
Rujuk 4 Langkah ini:
1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP
(Sila lihat pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks )
2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.
3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia
4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke I-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.
Dengan I-Akaun, anda boleh mengemaskini profil pribadi, semak status penamaan dan kelayakan pengeluaran, mendaftar Simpanan Shariah, meyemak penyata dan rekod caruman ahli serta majikan.
3. Cara Mohon i-CitraI
Permohonan dibuka sehingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my
Baca juga : Cara Memohon Bantuan one-off RM500 Warga Emas Sebulan Tahun 2021
4. Golongan Yang Layak Memohon i-Citra
1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran I-Citra:
1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
2. Ask ELYA di
3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Sumber: bantuanrakyat.my
No comments:
Post a Comment