Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021 - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Thursday, September 23, 2021

Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021



Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini


Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021

 

UNTUK MAKLUMAN WARGA MALAYSIA Kerajaan telah mengumumkan bantuan Program  Rebat Bil Elektrik bermula 2 Januari 2021 lalu. Program  Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan akan diberikan kepada anda yang berpendapatan RM1,169 secara purata nasional.

 

Program ini melalui sistem eKasih iaitu menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah diumumkan kerajaan pada Julai  2020 dalam penentuan status kemiskinan.

 

Jadi ini merupakan peluang terbaik untuk anda memohon rebat bil elektrik bagi menjimatkan kos bil elektrik anda.

 

Berikut JobsMalaysiaTerkini.com  kongsikan maklumat mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40.

Baca juga : Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 Sebulan JKM Kepada Kanak-Kanak Tahun 2021

 

1. Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021

Pengguna yang layak untuk memohon melalui program ini bakal menikmati:

  • Setiap bulan selama setahun pengguna mandapat bil elektrik secara percuma sehingga RM40
  • Bermula dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021

 

2. Syarat Kelayakan 

  • Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang telah disenaraikan dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Penerima yang layak menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021.
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil elektrik kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil elektrik melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut secara sendiri.
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat ini bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar)
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil elektrik pada tahun sebelumnya.
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus cawangan ultiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun dan;
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus dari akaun pengguna.

 

3. Kelayakan Boleh Disemak Melalui 

Individu yang memenuhi kelayakan boleh membuat semakan di Portal ke TSA melalui pautan berikut:

 https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

 

Hanya permohonan di bawah ketegori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.

 

Baca juga : Perdana Menteri Umumkan Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Pada September 2021 Ini

 

Untuk Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline: MyGCC : 03-8000 8000

Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454\

Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111

 

Sumber: portalmalaysia.com

 

No comments:

Post a Comment